Insiden amuk di restoran Ipoh, wanita ditahan selepas serang pekerja

Polis menahan seorang wanita selepas disyaki mengamuk sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan pekerja di sebuah restoran di Jalan Tawas Baru 1, Taman Tasek Damai, Ipoh awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian 6.31 pagi itu pihaknya menerima laporan daripada pemilik restoran seorang lelaki berusia 38 tahun, yang mengadu berhubung insiden berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati ketika itu pemilik restoran berada di lokasi tersebut dan memaklumkan telah berlaku satu kejadian mengamuk melibatkan seorang wanita berusia 29 tahun dipercayai tidak berpuas hati berhubung urusan pembayaran di premis berkenaan.

“Suspek kemudian telah bertindak agresif dengan mengambil makanan, menampar muka pengadu, mencederakan rakan pengadu pada bahagian dada, serta menggunakan sebilah pisau pemotong daging untuk memecahkan peralatan restoran termasuk cermin penghidang makanan,” katanya ketika dihubungi, lapor Bernama.

Beliau berkata, suspek turut mengambil wang tunai di dalam laci restoran dan memberi makanan secara percuma kepada pelanggan lain.

“Akibat kejadian tersebut, pengadu mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM45,400 dan membabitkan dua mangsa, iaitu pekerja di restoran berkenaan.

“Suspek yang ditahan juga dipercayai baru keluar dari Hospital Taiping selepas menerima rawatan psikiatri di hospital itu, kes masih dalam siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img