Tiga lelaki menyamar polis ditahan di Taman Maluri

TIGA lelaki ditahan polis selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis serta memiliki gari dan vest polis dalam kejadian di Taman Maluri, Cheras, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam, apabila mangsa seorang lelaki warga Indonesia ditegur tiga individu terbabit yang bertanyakan sama ada dia mempunyai permit kerja sebelum meminta mangsa membuka beg untuk pemeriksaan.

“Salah seorang suspek berusia lingkungan 20-an kemudian bertindak menggari mangsa sambil mengaku sebagai anggota polis.

“Selepas itu, salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian kemudiannya membuat panggilan ke Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras meminta bantuan dan anggota unit peronda polis (MPV) hadir ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek merupakan warganegara Malaysia dan mengaku membeli barangan berkenaan secara dalam talian.

“Ketiga tiga suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 20an. Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari dan kesemua suspek akan dituduh hari ini di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 170/171 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img