Sabotaj kestabilan negara: Polis rakam keterangan tiga individu

POLIS telah mengambil keterangan tiga individu yang dikenal pasti bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara, melibatkan individu berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan masih berjalan dan pihaknya akan meneruskan proses mengambil keterangan daripada beberapa individu lain berdasarkan maklumat yang diperoleh.

“Setakat ini tiga individu telah dipanggil bagi dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kita masih belum memanggil individu berpengaruh itu untuk dirakam keterangan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Khalid menjelaskan siasatan kes berkenaan setakat ini tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana siasatan lain yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 3 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa cubaan untuk menjatuhkan kerajaan didukung oleh warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media dan institusi antarabangsa termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, siasatan awal PDRM mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara dan mempunyai dana besar bagi merancang strategi untuk mempertikai dan menggugat kerajaan sedia ada.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img