Wanita maut dengan 14 tikaman di bilik hotel

SEORANG wanita warga asing ditemukan maut dengan 14 kesan tikaman di seluruh tubuh di bilik hotel dekat Taman Maju Jaya, Johor Bahru, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat mangsa berusia 37 tahun pada jam 5.30 pagi.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati mangsa berkemungkinan meninggal dunia antara jam 1.30 pagi hingga jam 4.30 pagi dan terdapat 11 kesan tikaman di bahagian dada serta masing-masing satu kesan tikaman di leher, jari telunjuk dan lengan kanannya.

“Suspek dipercayai seorang lelaki warga asing yang melarikan diri selepas kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img