Bot ronda polis marin terbabas ketika kejar penyeludup

SEBUAH bot Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor terbabas dan terkandas di tebing sungai di Kampung Teluk Renjuna, Tumpat ketika mengejar bot disyaki membawa penyeludup migran.

Kejadian berlaku jam 6 pagi tadi ketika pasukan itu mengesan bot fiber disyaki menjalankan kegiatan penyeludupan migran di sekitar Sungai Kelantan melalui Op Taring Landai/Op Khas Aidilfitri Fasa 1/2026.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Mohd Khairuddin Jamal@Zainan berkata, sebaik menerima maklumat mengenai kegiatan itu, sebuah sebuah bot ronda PPM diatur gerak dengan kekuatan empat anggota ke lokasi.

“Menyedari kehadiran bot PPM, suspek memecut bot dan ketika dikejar, mereka menyuluh lampu limpah spotlight yang sangat terang ke arah jurumudi bot PPM untuk mengganggu fokus penglihatan.

“Tindakan itu mengakibatkan bot PPM terbabas, seterusnya terkandas di tebing sungai Pulau Teluk Rejuna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, pasukan bantuan dikejarkan ke lokasi bagi mengawal keadaan dan tiada sebarang kecederaan serius berlaku kepada semua kru.

“Kita sedang menyiasat sindiket penyeludupan migran berkenaan dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Markas PPM Wilayah Tiga di talian 09-514 7726,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img