Garis panduan BDR industri media diputuskan dalam masa terdekat

KEPERLUAN pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) bagi industri media dijangka diputuskan dalam masa terdekat selepas kerajaan mendapatkan maklum balas menyeluruh daripada pemain sektor berkenaan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan berhubung dengan Majlis Media Malaysia bagi mendapatkan pandangan termasuk daripada syarikat serta organisasi media di seluruh negara.

Menurut beliau, antara fokus utama adalah isu kebajikan pekerja dalam industri media serta maklum balas berkaitan pelaksanaan dasar BDR yang bersesuaian dengan keperluan sektor itu.

“Saya akan minta semua organisasi media dihubungi bagi mendapatkan maklum balas, khususnya melibatkan kebajikan pekerja dan keperluan dasar bekerja dari rumah dalam industri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis pemeteraian MoU antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tambahnya, Jabatan Penerangan Malaysia yang mengendalikan pengeluaran kad perakuan media turut akan dilibatkan dalam proses pengumpulan maklum balas tersebut.

“Semua input ini akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta Kabinet untuk pertimbangan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah bagi kementerian, agensi selain badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan bermula 15 April depan susulan konflik di Asia Barat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img