Tapak kaki ‘pak belang’ ditemui di Projek Pertanian Moden

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengesahkan penemuan kesan tapak kaki dipercayai harimau belang di kawasan Projek Pertanian Moden, Kluang, Jumaat lalu.

Kesan tapak kaki itu ditemui kira-kira 15 kilometer dari Hutan Simpan Renggam dan 27 kilometer dari Hutan Simpan Kluang pada jam 7.30 petang.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, empat anggota dari PERHILITAN Batu Pahat dan pejabat PERHILITAN Kluang telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesan tapak kaki berukuran kira-kira 12 sentimeter lebar dan 11 sentimeter panjang itu dipercayai ditinggalkan tiga hingga empat hari sebelum ditemui.

“Susulan itu, rondaan dan kawalan akan dilaksanakan sehingga 14 hari bagi memastikan keselamatan kawasan terjamin.

“Unit Konservasi Harimau Malaya (UKHM) turut akan memasang perangkap kamera bagi mengesan corak pergerakan harimau serta menilai tindakan susulan yang bersesuaian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada ketika menjalankan aktiviti harian serta mengelakkan berada bersendirian di kawasan hutan atau ladang, khususnya pada awal pagi dan lewat petang.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img