Ahli perniagaan dipenjara 2 tahun, denda RM300,000 simpan kulit harimau

SEORANG ahli perniagaan dihukum penjara dua tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan menyimpan satu bahagian kulit  Harimau Belang (Panthera Tigris) di rumahnya, empat tahun lalu.

Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh menjatuhkan hukuman itu ke atas Datuk Seri Ng Sing Huat, 51, selepas mendapati dia bersalah di bawah Seksyen 68(2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak pada 1 Ogos 2022.

Mahkamah memutuskan Sing Huat gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam pembelaannya.

Dia turut diperintahkan menjalani hukuman penjara setahun lagi, jika gagal membayar denda itu.

Hakim Mohd Zaki turut menasihatkan Sing Huat tidak mengulangi kesalahan itu dan menunjukkan belas kasihan terhadap haiwan.

“Mereka adalah mangsa senyap,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin, selepas peguam Hasshahari Johari Mawi memberitahu mahkamah, mereka akan merayu keputusan hari ini.

“Penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dibenarkan, tetapi tertuduh perlu membayar denda dan menyerahkan pasportnya sementara menunggu keputusan rayuan,” kata hakim.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img