SEORANG kanak-kanak berusia tujuh tahun berada dalam keadaan sangat kritikal selepas cedera parah dipercaya dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya dalam satu kejadian di Bachok hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kanak-kanak itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala
Beliau berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang memaklumkan berhubung kejadian itu.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan tukul di rumahnya sendiri. Mangsa dipercayai anak saudara kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Azrie memberitahu, kanak-kanak tersebut yang kini dirawat di Hospital Bachok berada dalam keadaan sangat kritikal


