Kanak-kanak kritikal selepas cedera parah dipukul bapa saudara dengan tukul di Bachok

SEORANG kanak-kanak berusia tujuh tahun berada dalam keadaan sangat kritikal selepas cedera parah dipercaya dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya dalam satu kejadian di Bachok hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kanak-kanak itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala

Beliau berkata, polis menerima  panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang memaklumkan berhubung kejadian itu.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan tukul di rumahnya sendiri. Mangsa dipercayai anak saudara kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Azrie memberitahu, kanak-kanak tersebut yang kini dirawat di Hospital Bachok berada dalam keadaan sangat kritikal



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img