Polis buru suspek cubaan curi kabel di Semenyih

POLIS kini giat memburu suspek cubaan mencuri kabel di Sungai Lalang, Semenyih selepas tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, satu laporan telah diterima pada pukul 2.08 petang tadi.

Katanya, laporan itu mengenai cubaan mencuri kabel di kawasan terbabit yang dipercayai berlaku pada pukul 9.30 pagi.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek yang menggunakan pacuan 4 roda dan motosikal sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah seksyen 379/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga tujuh tahun penjara atau denda.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Sjn A. Vaelmurgan di talian 019-6111660 bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img