Dera kanak-kanak lelaki: Polis tahan reman ibu kandung, bapa tiri tujuh hari

SEPASANG suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak berusia 10 tahun yang ditemukan di sebuah kedai serbaneka di Nilai, kelmarin.

Perintah tahanan reman terhadap pasangan berusia 22 tahun dan 30 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Azuin Mohd Talha di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, permohonan reman itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Pasangan itu berasal dari Sabah dan siasatan lanjut mengenai kes ini masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari dilaporkan berkata kes penderaan itu terbongkar kelmarin apabila seorang penghantar makanan menjumpai kanak-kanak tersebut dalam keadaan terbiar, ketakutan dan menggigil di luar sebuah premis kedai serbaneka di Star Valley Nilai pada jam 5.30 petang, sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Susulan itu, ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak terbabit ditahan di IPD Nilai bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img