Ibu, bayi tiga bulan maut kereta bertembung lori

SEORANG ibu bersama bayi berusia tiga bulan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Kilometer 65, Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi di Kota Tinggi malam ini.

Kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Hino yang dipandu lelaki tempatan berusia 60 tahun dan sebuah kereta Perodua Bezza dipandu wanita tempatan berusia 24 tahun bersama lima penumpang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, maklumat mengenai kemalangan itu diterima kira-kira jam 7.20 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila kereta dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu Perodua Bezza mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang bayi berusia tiga bulan yang turut berada dalam kenderaan itu pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, empat lagi penumpang Perodua Bezza serta pemandu lori kini dirawat di Hospital Kota Tinggi.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img