Imigresen tahan empat pekerja asing bekerja di kedai makan terkenal di ibu negara

EMPAT pekerja asing ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam serbuan Ops Selera Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru semalam.

Pengarah JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan dilakukan hasil risikan selama seminggu oleh 11 pegawai dan telah menahan kesemua pekerja itu berusia antara 30 hingga 40 tahun.

“Mereka terdiri daripada dua warga Bangladesh dan masing-masing seorang warga Pakistan dan Indonesia dikesan melakukan kesalahan tinggal melebihi masa, tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan melanggar peraturan kerja yang ditetapkan.

“Seorang warga tempatan dipercayai penyelia yang menguruskan pekerja-pekerja berkenaan turut diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohammed Saupee berkata, siasatan awal mendapati pekerja warga asing terbabit dipercayai bekerja di kedai makan itu sejak lima hingga enam bulan lepas.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 39(b), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img