Kerajaan beri jaminan bekalan tenaga negara stabil

PETRONAS telah merangka pelan alternatif bagi memastikan kesinambungan bekalan minyak dan gas, jika laluan utama seperti Selat Hormuz terjejas.

Sehubungan itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan tenaga negara kekal stabil walaupun berdepan ketidaktentuan global berikutan konflik di Asia Barat.

“Setakat ini, bekalan tenaga negara masih pada tahap stabil hasil perancangan awal dan kepelbagaian sumber bekalan.

“(Selain itu) Kerajaan terus menanggung subsidi bahan api yang besar bagi memastikan harga kekal stabil dan tidak membebankan rakyat, walaupun berdepan kenaikan harga pasaran global,” katanya pada Majlis Ramah Mesra anjuran Penghulu dan Ketua Masyarakat Parlimen Petra Jaya di Kuching, hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, perbezaan harga bahan api antara Malaysia dan negara jiran mendorong aktiviti penyeludupan yang merugikan negara serta menjejaskan bekalan domestik.

‘’ Pemantauan rapi terus dipertingkatkan bagi memastikan bekalan dalam negara mencukupi dan semua pihak terbabit dalam industri mematuhi peraturan,’’ katanya.

Berhubung keadaan lebih panas dan kering yang melanda negara, Fadillah berkata, ia susulan peralihan monsun timur laut ke monsun barat daya yang menyebabkan keadaan lebih panas dan kering serta berpotensi menyebabkan kemarau.

“Kerajaan melalui kementerian berkaitan memantau rapi bekalan air bersama syarikat pembekal air di setiap negeri bagi memastikan bekalan kekal mencukupi.

“Setakat ini, keadaan bekalan air masih terkawal, namun langkah pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.”

Beliau berkata, Jika berlaku kekurangan bekalan, jelasnya, langkah segera termasuk penghantaran air menggunakan lori tangki serta pemantauan kolam takungan akan dilaksanakan bagi memastikan bekalan sampai kepada pengguna.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img