Lelaki maut, seorang lagi parah akibat letupan ketika kerja-kerja kimpalan dalam kilang di Melaka

SEORANG lelaki maut manakala seorang lagi parah dalam letupan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Bukit Rambai, Melaka ketika ketika kerja-kerja kimpalan sedang dijalankan

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu digerakkan ke lokasi.

“Letupan dipercayai melibatkan peralatan kimpalan jenis cranking unit (CRU). Seorang mangsa lelaki berusia 44 tahun mengalami lecuran kira-kira 90 peratus dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seorang lagi mangsa berusia 32 tahun mengalami lecuran kira-kira lima peratus dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kejadian itu tidak melibatkan kebakaran, sebaliknya hanya letupan dan ia berjaya dikawal

Turut berada di lokasi kejadian ialah pihak polis dan KKM bagi membantu operasi serta siasatan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img