Lima cedera, Tesla terbabas rempuh tiga kenderaan

LIMA individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Tengku Ismail di Temerloh petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta Tesla hilang kawalan sebelum merempuh tiga kenderaan lain termasuk sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, siasatan awal mendapati pemandu Tesla dalam perjalanan dari arah bandar Temerloh menghala ke Mentakab.

“Setiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah Perodua Myvi merah.

“Akibat rempuhan itu, kereta Myvi berkenaan terdorong ke hadapan sebelum melanggar sebuah motosikal Yamaha yang diletakkan berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Tesla berkenaan turut merempuh sebuah lagi Perodua Viva biru yang diparkir di kawasan sama.

Menurut Mohd Nasyim, susulan itu pemandu Perodua Myvi berusia 32 tahun disyaki patah bahu kanan.

“Tiga lagi penumpang termasuk seorang wanita berusia 29 tahun mengalami lebam pada perut, manakala seorang wanita berusia 28 tahun serta kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera ringan.

“Kesemua mangsa termasuk pemandu Tesla menerima rawatan di hospital,” katanya.

Tambah Mohd Nasyim, penunggang motosikal dan pemandu Perodua Viva masing-masing berusia 43 tahun tidak cedera kerana tidak berada dalam kenderaan ketika kejadian.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img