Pengawal keselamatan didakwa rogol kekasih bawah umur

SEORANG pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun, dua bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Syafiq Thajudin, 25, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 12 Februari lalu, kira-kira jam 12.30 tengah hari di sebuah rumah flat di Seremban 2, Seremban.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan.

Nurul Balkis turut mengesahkan kepada mahkamah bahawa hubungan tertuduh dengan mangsa adalah pasangan kekasih.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan paling minimum kerana hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital dengan pendapatan RM1,700.

Katanya, dia sudah tiga bulan mengenali teman wanita itu selepas berjumpanya di KLIA.

Bapa tertuduh yang hadir sebagai penjamin memaklumkan dia hanya berniaga di pasar malam dengan pendapatan tidak menentu.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM10,000 dengan syarat tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan. Hakim Datin Surita turut menetapkan 16 Jun depan untuk tarikh sebutan semula kes.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img