Pengerusi PN : Pas kemukakan calon selepas peletakan jawatan Muhyiddin disahkan, kata Tuan Ibrahim

WALAUPUN Pas paling layak menjadi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), namun parti itu tidak mahu terburu-buruk, sebaliknya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, belum memuktamadkan sebarang nama calon bagi jawatan tersebut.

Timbalan Presiden Pas itu berkata, siapa pengganti hanya akan dibincangkan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN diadakan bagi mengesahkan peletakan jawatan secara sukarela oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN.

“Majlis Tertinggi PN perlu mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi mengesahkan peletakan jawatan tersebut. Selepas itu barulah calon Pengerusi baharu boleh dikemukakan. Namun sehingga kini, mesyuarat berkenaan masih belum diadakan.

“Jadi, kita belum lagi mengutamakan soal calon dan sebagainya,” katanya di Bangi.

Beliau berkata, semua parti komponen PN juga mempunyai ruang untuk mengemukakan cadangan masing-masing dan keputusan muktamad akan dibuat oleh Majlis Tertinggi PN.

“Keutamaan sekarang ialah pengesahan peletakan jawatan Pengerusi. Selepas itu, parti komponen akan duduk berbincang melibatkan empat parti komponen untuk membincangkan siapa yang akan menjadi Pengerusi bagi menggantikannya,’’katanya.

Bagaimanapun berikutan pengunduran Muhyiddin, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu akan menerajui PN dan sekaligus menduduki jawatan Pengerusi gabungan berkenaan.

Namun begitu difahamkan usaha-usaha terakhir sedangkan dilakukan oleh penyokong Muhyiddin untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu kekal sebagai Pengerusi PN.

Hari  ini melalui catatan dalam Facebook beliau, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan mendakwa, Pas telah menghantar surat kepada Muhyiddin bagi mengucapkan terima kasih atas jasa sebagai Pengerusi PN sebelum ini.

‘’Surat itu secara prinsipnya boleh difahami sebagai penerimaan oleh Pas akan perletakan jawatan Muhyiddin,’’katanya.

Selain itu pemilihan Pengerusi PN akan dilakukan dalam keadaan hubungan antara Pas dan Bersatu ‘agak dingin’ berikutan krisis politik di Perlis apabila lima ADUN Bersatu dan tiga ADUN Pas membuat akuan bersumpah (SD) menarik sokongan terhadap Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.

Shukri kemudiannya meletakkan jawatan dengan alasan kesihatan. Kerusi Menteri Besar akhirnya diambil alih ADUN Kuala Perlis daripada Abu Bakar Hamzah manakala Pas membuat keputusan ADUN parti itu tidak akan menjadi Exco tetapi akan terus mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional Perlis.

Semalam, Abdul Hadi menegaskan bahawa Pas tidak mahu memegang jawatan Exco kerana menyifatkan apa yang berlaku adalah pengkhianatan oleh Bersatu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img