Penunggang maut rempuh kereta keluar simpang

SEORANG penunggang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang keluar simpang secara tiba-tiba di simpang tiga berhampiran sebuah pasar raya di Alor Gajah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.48 malam itu, Tai Ee Seng, 20, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dalam kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggangnya dan sebuah kereta Perodua Axia dipandu lelaki berusia 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, mangsa sebelum itu dalam perjalanan dari arah pekan Jelatang menghala ke Dataran Keris.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu dipercayai keluar simpang ke kanan untuk memasuki jalan utama secara cuai sebelum dilanggar motosikal mangsa yang tidak sempat mengelak.

“Berikutan pelanggaran itu, mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Ahmad berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat manakala pemandu kereta dan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas pemandu kereta juga didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah,” kata beliau.

Kes ini tambahnya, disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img