Pikap Ford Ranger disita JPJ, pemandu tiada lesen

SEBUAH pikap Ford Ranger disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dikesan melakukan beberapa kesalahan serius dalam operasi penguatkuasaan di Kilometer 6 Jalan Lencongan Timur-Taman Sejati, Sungai Petani, petang, semalam.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, kenderaan yang dipandu lelaki tempatan itu ditahan jam 4.15 petang semalam.

“Pemeriksaan mendapati pemandu terbabit tiada lesen memandu, malah kenderaan itu juga tidak mempunyai perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh sejak tahun 2022.

“Semakan lanjut turut mendapati pemandu berkenaan mempunyai 14 rekod notis saman JPJ yang masih belum dijelaskan, menyebabkan namanya telah disenarai hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kenderaan berkenaan telah disita dan dibawa ke Stesen Penguat Kuasa JPJ Kuala Ketil untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img