Polis rampas 41 mesin bitcoin dalam serbuan tiga lokasi di Teluk Intan

POLIS merampas sejumlah 41 unit mesin disyaki digunakan bagi kegiatan melombong bitcoin secara haram, dalam tiga serbuan bermula malam tadi di sekitar Teluk Intan.

Dalam serbuan pertama yang diadakan malam tadi, sebanyak 24 unit mesin disyaki digunakan bagi kegiatan melombong bitcoin berjaya dirampas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, susulan serbuan pertama, pihaknya mengadakan dua lagi serbuan pada awal pagi ini yang membawa kepada rampasan sembilan dan lapan unit mesin dipercayai digunakan bagi tujuan sama.

“Kesemua rampasan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990, melibatkan kerosakan serta penyalahgunaan bekalan elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Dr Bakri berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu atau sindiket yang terlibat.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti melombong mata wang kripto secara haram, kerana perbuatan itu merupakan satu kesalahan undang-undang serta boleh mendatangkan risiko keselamatan dan kerugian harta benda.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img