Rakyat Malaysia terpaksa redah banjir di Hatyai untuk beli makanan

SELAIN 40 pelajar dan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kini terperangkap akibat banjir di Hatyai, seorang wanita rakyat Malaysia pula terpaksa meredah banjir sejauh enam kilometer (km) untuk mencari bekalan makanan selepas tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak.

Mangsa yang berkongsi pengalamannya itu menerusi video di TikTok, @watie_yaacob berkata, keadaan memaksanya untuk keluar mencari makanan.

“Kami sudah berhubung dengan polis Thailand, kedutaan Malaysia (tapi) belum dapat apa-apa bantuan.

“(Kami) berjalan dalam banjir dalam (jarak sekitar) 6km pergi balik untuk (beli) makanan,” tulisnya dalam video berkenaan hari ini.

Wanita tersebut turut berkongsi keadaan paras air di tempatnya menginap ketika banjir mula melanda sejak semalam.

Selain video itu, satu lagi video hantaran wanita itu semalam yang ditonton 2 juta orang setakat jam 2 petang menunjukkan paras air di hadapan hotel semakin dalam.

“Kami cuba untuk minta bantuan dari kerajaan Malaysia di Thailand, harap-harap usaha kami berhasil untuk dapatkan sumber makanan di sini, air dah paras pinggang sekarang. Hujan berterusan tanpa henti.

“Doakan kami rakyat Malaysia yang ada di sini selamat,” tulisnya dalam video yang dikongsi berkenaan.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan berusaha membawa pulang kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir di Hatyai serta beberapa daerah lain di wilayah Songkhla, Thailand.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img