SPRM mulakan siasatan awal terhadap beberapa projek libatkan Tentera Darat

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek yang melibatkan Tentera Darat dari tahun 2023 hingga kini.

Menurut sumber, SPRM mengambil maklum dakwaan yang dibangkitkan oleh seorang aktivis berhubung dakwaan aliran masuk wang ke dalam akaun bank seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kira-kira jam 11.30 pagi hari ini (Selasa) pegawai SPRM telah hadir ke MINDEF bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek yang melibatkan Tentera Darat dari tahun 2023 hingga kini.

“Fokus siasatan tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat,” katanya lapor Sinar Harian.

Kata sumber tersebut, transaksi kewangan mencurigakan yang dikaitkan dengan individu-individu tertentu yang dinamakan dalam dakwaan tersebut juga akan diteliti.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan seorang pegawai kanan terbabit.

Beliau menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sementara itu aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard memberitahu, beliau akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada Khamis bagi menyerahkan maklumat berkaitan kes tersebut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img