Terperdaya sindiket pelaburan tidak wujud, lelaki kerugian RM310,000 wang simpanan habis lesap

SEORANG lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap  kerugian RM310,000 apabila kesemua wang simpanannya itu `diserahkan’ kepada sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Kes penipuan melibatkan mangsa, lelaki tempatan berusia 47 tahun itu bermula apabila dia ternampak iklan pelaburan di media sosial pada September lepas.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, selepas melihat iklan yang menawarkan pulangan tinggi itu, mangsa mengisi maklumat peribadi dan kemudian dihubungi individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp.

“Suspek memperkenalkan sebuah aplikasi pelaburan yang menjanjikan pulangan antara 10 hingga 30 peratus daripada modal yang dilaburkan dan telah membuat sebanyak 17 transaksi antara 10  November hingga 5 Disember lalu.

“Mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan bergantung kepada wang simpanan sebagai sumber kewangan itu telah melihat pelaburannya berkembang kepada RM2.5 juta, namun mendapati ia satu penipuan apabila diminta membayar yuran tambahan berjumlah RM382,811.60 jika mahu mengeluarkannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Raiz Mukhliz, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak menyerahkan maklumat perbankan atau memindahkan wang berdasarkan panggilan telefon yang meragukan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img