2 anggota polis mengaku tidak bersalah minta, terima rasuah ‘lepaskan’ pasangan khalwat

DUA anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima suapan bagi melepaskan pasangan kekasih disyaki berkhalwat, awal minggu lalu.

Muhammad Safwan Mazlan, 28, dan Muhammad Amir Aizad Zahid, 31, masing-masing berpangkat konstabel dan koperal bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan didakwa telah meminta wang tunai RM7,000 daripada pasangan kekasih terbabit.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan parkir terbuka berpalang di sebuah hotel di Teluk Cempedak pada jam 1.15 petang, 19 Januari lalu.

Bagaimanapun, pasangan kekasih itu didakwa menyerahkan wang berjumlah RM1,000 di kawasan tempat letak kereta terbuka Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di Kuantan keesokan harinya, kira-kira jam 2 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Suriawani Abdul Rahim mengendalikan pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ahmad Syamsul Akmar Yusof dan Halimaton Saadiah Abu Samah.

Sazlina kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh.

Mahkamah juga turut mengenakan syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan untuk mengganggu pengadu dan saksi pendakwaan kecuali pegawai penyiasat sepanjang perbicaraan, selain menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Februari depan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img