Nenek, cucu 3 tahun maut motosikal bertembung MPV

SEORANG nenek bersama cucu saudaranya berusia tiga tahun maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menghantar seorang lagi cucu ke sekolah di Jalan Padang Sanai, berhampiran Kampung Padang Nyior, Padang Terap, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, Che Ramlah Abdul Karim, 76, dan Auni Afiqah Hadi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa, Abdul Hafiz Hadi, 9, yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Terap, mengalami kecederaan pada bahagian dagu dan gigi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Affzanisham Mohammad Sham berkata, kemalangan membabitkan motosikal dinaiki tiga mangsa dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal berkenaan cuba memotong sebuah kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV dari arah hadapan.

“Penunggang dan pembonceng hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng belakang dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi, lapor Berita Harian.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img