Polis kenal pasti MPV guna siren, rupanya kenderaan rasmi Kementerian

POLIS telah mengenal pasti sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular dipercayai menggunakan lampu pandu arah dan siren baru-baru ini, mempunyai kebenaran untuk penggunaan isyarat amaran berkenaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, pihaknya telah mengenal pasti kenderaan MPV berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan merupakan kenderaan yang digunakan atas urusan rasmi oleh salah sebuah Kementerian.

“Penggunaan beacon serta siren telah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memanggil kenderaan terbabit dalam masa terdekat untuk pemeriksaan lanjut.

Terdahulu, satu video tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan MPV putih dipercayai menggunakan siren dan lampu pandu arah seperti polis di sebuah laluan yang sesak.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img