Jangan la fitnah Azmin nak letak jawatan ketua pembangkang…tak baik tau

SUARA AWANG SELAMAT

AWANG sebenarnya simpati dengan Mohamed Azmin Ali yang terpaksa menepis khabar angin tersebar malam tadi mengatakan beliau melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di DUN Selangor.

Setiausaha Agung Bersatu itu didakwa menghantar mesejd alam grup ADUN-ADUN Perikatan Nasional (PN) negeri itu yang berbunyi;

‘’Salam semua ADN PN. Saya mengambil pendirian untuk melepaskan jawatan Ketua Pembangkang DUN Selangor berkuatkuasa 1 Oktober 2925. Saya mohon ADN PN untuk segera berbincang bagi memutuskan calon Ketua Pembangkang sebagai persiapan Sidang Dewan yang alam (akan) datang. Terima kasih kepada semua ADUN yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam tempoh perkhidmatan saya.’’

Macam tu la bunyinya mesej yang tersebar tersebut. Awang memang tak percaya Azmin yang cukup pengalaman dalam politik, tegas dalam pendirian serta cekal dalam perjuangan nak letak jawatan mengejut begitu. Jahat betul kan sapa yang buat mesej tu, siap boleh masuk dalam grup WhatsApp ADUN-ADUN PN lagi…itu yang orang dok sembang.

Azmin dalam reaksinya kepada portal FMT kata, ‘’Tidak benar.Hentikan khabar angin. Saya sentiasa optimistik. Kita usaha sedaya upaya. Rakyat mesti dibantu.’’  Beliau juga bersyukur kerana kerjasama dan ikatan antara Bersatu dan Pas di Selangor.

Tengok…begitulah  bersemangat sekali Azmin…adakah ke orang fitnah bekas Menteri Besar Selangor itu nak letak jawatan..tak baik tau. Lagipun Azmin penyokong setia Muhyiddin Yassin, beliau pasti tidak akan menyusahkan bekas Perdana Menteri itu yang sedang hadapi cabaran nak kekal menjadi calon PM untuk Bersatu.

Kalau betul Azmin letak jawatan Ketua Pembangkang,  Pas boleh ambil alih jawatan itu tetapi imej Bersatu rosak la. Sekarang ni pun imej Bersatu dah terjejas sebab gerakan menamakan Muhyiddin sebagai calon PM Bersatu.Tak kan Azmin nak tambah ‘garam dalam luka yang  masih berdarah’….betul tak?

Jadi tak payah la nak reka cerita Azmin nak ‘resign’, keadaan Bersatu dah cukup kelam kabut dah, angkara kelompok yang ghairah sangat nak jadi Muhyiddin sebagai calon PM. Pas dah pesan jangan cakap soal tu menang dulu pilihan raya, Bersatu cakap juga.

Bayangkan kalau Azmin letak jawatan Ketua Pembangkang, lagi la PN akan hadapi masalah. Orang akan tengok PN ni macam-macam hal. Tapi dari segi impak politik, Bersatu akan lebih terjejas berbanding Pas.

Entah lepas ni apa la pula cerita nak keluar dari Bersatu. Apakah kisah pecat memecat, rajuk merajuk  atau adu domba? Semua tu tak dapat elak kalau dalam Bersatu ada spesis  nak tengok parti itu huru-hara.  Siapa jadi ‘spesis’ itu? Rakyat tahu. Ingat rakyat tak ada info ke termasuk dalam isu khabar angin Azmin?

Azmin – Tak suka merajuk



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img